06 9월, 2009

sebuah diary kuning....

salam semua..just nk sharing cte ni, bak kate org sharing is caring kan... hehehe..share ngan sape2 jelah...



Ada seorang CEO yang berjaya mendapatkan keuntungan yang tinggi bagi syarikatnya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga telah mengurangkan tekanan (stress) di kalangan pekerjanya dan membuatkan mereka bekerja dalam keadaan yang lebih ceria. Rahsianya ialah sebuah diary yang berwarna kuning. Bagaimana sebuah diary yang ringkas itu mempunyai kuasa yang sedemikian?Begini ceritanya...CEO tersebut telah memberi sebuah diary berwarna kuning dan sebatang pen kepada setiap orang pekerjanya tanpa mengira pangkat dan jantina. Dia juga telah memberi arahan di bawah ini:
Bawa diary dan pen tersebut ke mana saja kamu pergi sepanjang hari bekerja. Simpan di tempat yang paling mudah bagi kamu untuk mencapainya.
Setiap pagi tuliskan senarai perkara-perkara yang perlu kamu lakukan untuk hari tersebut.
Sepanjang hari sewaktu di pejabat, gunakan diary dan pen tersebut untuk mencatat nama-nama dan nombor talipon klien kamu, catatkan juga alamat email, masa dan hari temujanji kamu dengan pelanggan. Pendek kata apa-apa yang penting berkaitan dengan diri kamu, hendaklah kamu catatkan di dalam diary tersebut.Di antara menfaat yang didapati dari tindakan di atas ialah:
Ketika kita memerlukan nombor talipon pelanggan untuk menalipon mereka, ia ada di dalam diary tersebut dan kita tidak akan membuang masa untuk mencarinya.
Semua perkara yang penting tentang diri kita, ada di dalam buku catatan itu seperti nombor polisi insuran, nombor talipon kecemasan, nombor passport dan sebagainya. Ketika kita memerlukan maklumat-maklumat tersebut, kita dengan mudah dapat mencarinya.
Diary itu akan membantu kita mengingati apa yang perlu kita lakukan untuk hari-hari tertentu.Diary tersebut adalah segala-galanya bagi kita. Ia adalah "one stop source" untuk semua maklumat penting. Bayangkan jika kita catatkan semua maklumat tersebut di atas sekeping kertas kecil. Kemungkinan kita akan tersalah letak atau kertas kecil itu akan diterbangkan oleh angin ke tempat lain dan ketika kita memerlukan maklumat tersebut, masa kita terbuang untuk mencarinya.Sebenarnya mencatatkan maklumat penting di dalam sebuah diary adalah satu habit yang baik. Ia memberi kesan yang positif dalam kehidupan kita samada di tempat kerja, di rumah atau di mana sahaja. Kita akan menjadi lebih "efficient" dalam membuat tindakan, kurang stress dan lebih ceria. Selain dari itu sekiranya terjadi sesuatu kecemasan kepada kita seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, agak mudah bagi kawan-kawan sekerja dan ahli keluarga mencari maklumat tentang kita di dalam diary tersebut.Tidak kira apa sekalipun jenis pekerjaan kita malah seorang surirumah tangga juga wajar memiliki sebuah diary yang menyimpan segala maklumat penting. Warna dan saiz terpulang kepada citarasa masing-masing tetapi adalah lebih baik memilih saiz yang agak mudah untuk di bawa ke mana saja kita pergi.

wasalam...

0 pot pet: